Incik iz (Sr.) menrequest nak makan puding telor, so petang semalam saya berusaha gigih untuk menunaikan hasrat beliau.
Alhamdulillah lah menjadik jugak tuk 1st timer cam saya ni.
Hahaha pada pendengaran telinga saya, hubby lah satu-satunya makhluk manusia yang menggelarkan puding caramel/ gula hangus dengan kata nama ganti tersebut.
Sedekad yang lalu, memang kami siap gadoh bila bila ditujukan soalan berbentuk "explain briefly, what is your favorite pudding?"
Siapa punya feveret lagi best, hahahaha rupa-rupa, ianya adalah dari keluarga yang sama.
Ah bukan, bukan.. yang benar, ianya adalah orang yang sama.
Sekian.
Puding Telur a.ka. Caramel Pudding as Puding Gula Hangus
Gula Hangus/ Caramel
6 sudu gula
1 sudu air
(Panaskan dalam loyang sehingga keperang-perangan. Setakat 'blonde' saja, jika terlebih gelap, maka terhasillah puding yang pahit)
* Sambil-sambil tu, tolong panaskan steamer siap-siap demi penjimatan masa dan tenaga*
Bahan Puding
4 biji telur
400 ml susu segar/cair (saya adalah menggunakan fresh milk)
6 sudu gula
1 sudu esen vanila
(Kesemua bahan-bahan bolehlah disatukan. Dan bagi proses penjimatan masa dan tenaga yang berganda, saya yang tidak mempunyai mixer telah menggunakan blander. OK)
Kemudian, masukkan bahan puding ke dalam loyang gula hangus dan bolehlah dikukus selama 40 minit. (Tetapi, disebabkan saya seorang yang was-was, saya telah mengukusnya selama 1 jam 20 minit.)
* Tolong jangan menlupa untuk mencover puding dengan aluminium foil untuk mengelakkan cecair wap menitis/menitik ke dalam/ ke atas puding tersebut.
Komen-komen:
Dari superpapa yang lom pasti tahap keikhlasannya atau sekadar ayat penyedap hati " Sedap ni yang!!"
Dari saya yang ikhlas, "Puding yang nipis dan kurang cantek (mungkin loyang saya adalah berdiameter besar). Rasa agak manis."
Akan tetapi, (tidak berkaitan dengan resepi yang sudah lupa dicilok dari mana sumbernya - terima kasih yea Tuan Resepi) bila difikirkan balik, logik juga kata ganti nama yang digunakan hubby itu.
Bila diimbas kembali kesemua bahan, telur merupakan bahan utama walaupun berdasarkan bilangan, gula sebanyak 12 sudu telah mengungguli tempat pertama.
Sekian.
* no picture taken
0 comments:
Post a Comment