Pada
suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada gurunya.
Ketika
itu,guru itu sedang mengajar mengenai kasih sayang.
PELAJAR :
Cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg
kita paling Sayang?
Dan macam mana juga kasih sayang itu nak Berkekalan?
CIKGU : "Ok! kamu ikut apa yg saya suruh. Kamu pergi ke padang.kamu
berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan
kamu.
Pilih yg PALING CANTIK tanpa menoleh kebelakang walaupon
sekali.
Dah petik rumput yg paling cantik bawa ke kelas"
Apabila
pelajar tersebut pulang ke kelas tiada sehelai rumput pon di
tangannya.
Lalu cikgu bertanya......
CIKGU : Mana rumputnya?
Kenapa tiada
rumput yg dipilih?
PELAJAR : Tadi masa saya berjalan,saya carilah
rumput yg paling cantik.
Memang ada banyak yg cantik.
Tp cikgu cakap
petik yg PALING CANTIK.
Maka saya pun terus berjalan sambil mencari yg
paling cantik tanpa menoleh kebelakang.
Tapi bila sampai di hujung
padang,saya tak jumpa pun rumput yg paling cantik.
Mungkin ada di antara
rumput di belakang saya tadi rumput yg paling cantik.
Tapi dah cikgu
cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yg saya
boleh petik.
CIKGU : Ya! Itulah jawapannya.
Maknanya apabila kita
telah berjumpa dengan orang yg PALING kita sayang,janganlah kita mencari
lagi yg lebih baik dari itu.
Kita patut hargai orang yg berada di depan
kita sebaik2nya.
Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku
tetap dah berlaku.
Semoga yg berlalu tidak berulang lagi dan
ingatlah,orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik dan paling
baik.
Dan tiada yg lebih baik dari itu.
Walaupun nak ikutkan banyak lagi
yg cantik dan baik seperti rumput tadi :')
0 comments:
Post a Comment