Rss Feed
  1. SAYA SAKET GIGI..IA MEMBAHGIAKAN

    Tuesday, December 17, 2013


    Malam tadi tiba-tiba saya saket gigi.
    Ya Allah hazabnya. 
    Sabar yea.

    Hari ini saya tidak mampu bekerja.
    Saket tau.
    Pergi klinik sorang-sorang. Tunggu lama-lama.

    Sampai turn saya.
    Owh ini belum cukup membahgiakan.

    Sampai turn. Cek. Bengkak. Yang bawah. Tak boleh cabut. OK.
    Tapi, yang atas perlu dicabut sebab Januari tempoh hari perlu dicabut. Tetapi tak tercabot.
    Kemudian cucuk. Tunggu. Masuk balik. Cabut. Juga tidak menjadi.
    Huwaaaaaa.. sekarang saket adalah double happiness. Oppsss.. double kesakitan.
    MC sehari. Untuk hari ini sahaja.

    Pulang.

    Baby menyambut kepulangan saya. Saya bahagia. 
    Sebaik sahaja melihat darah kat kapas. Beliau membuat wajah paling kasihan. Owh anak kecil ini sungguh concern. Wahhh bahagianya.
    Masuk rumah. Saya terbaring. Baby datang duduk sebelah. Pipi saya digosoknya. Sebelah tangan lagi gosok kepala. "Kesian ibu, ibu saket ni. Jangan kacau ibu." (Beliau berkata kepada dirinya sendiri.)Wahhhhhhhh teramatlah bahagianya saya ini.
    Sedetik kemudian. "Ibu nak tengok Backhom. Please."
    OK kemudian saya tukar channel. Beliau pon bahagia.
    Kemudian, berkata-kata lagi. "Kesian ibu, ibu saket ni. Jangan kacau ibu." sambil mengusap pipi dan rambut saya. Bahagia. Saya bahagia.
    5 minit kemudian. "Ibu, Backhom lagi." Saya tukar lagi. Beres. Sambung usap-usap lagi. 5 minit lagi berulang lagi. Setiap lima minit berulang perbuatan dan perkataan yang sama berlangsung selama sejam.
    Biarlah. Apa pon, saya bahagia. Tetap bahagia.

    YEAAYYYYYYY. KU BAHAGIA.


  2. 0 comments: