Rss Feed
    Showing posts with label SUPERBABY. Show all posts
    Showing posts with label SUPERBABY. Show all posts
  1. Boi. Goboi. Tiga.

    Thursday, July 12, 2012


    Anak lelaki kami amat sukakan bola. Sangat mensuka.
    Sedari kecil. 


    Sebelum anak ini boleh berjalan dengan kaki sendiri. Izz Adam mempunyai bilangan bola melebihi 5. 
    Dari semua size. 


    Izz (Jr.) menyebut bola dengan perkataan "BOI" (root word = BALL). Akan tetapi. 
    Semalam, nampaknya perkataan tersebut telah di-extend oleh beliau. 
    BOBOI TIGA. 
    Setiap sepakan diiringinya dengan laungan BOBOI 3. 


    Kaitannya? 
    Owh! Saya pon tidak pasti.


    Namun saya mengaitkannya dengan cerita BOBOI BOY. Kan terdapat ayat "Boboi Boy kuasa 3" apabila Boboi Boy menserang. 


    Ini cuma kemungkinan saya sahaja. 
    Mungkinlah. 
    Mungkin juga tidak. 


    Ini adalah gambar dikala, anak ini dibawa papanya ke gelanggang futsal. Bergaya bukan?







    Gegaran yang terdapat pada gambar adalah disebabkan gerakan si Izz Adam. Bukanlah gempa bumi pada medan futsal. Kita di Malaya. Alhamdulillah tiada gempa bumi.

    216898_1845411741668_1431884398_31451425_2543863_n

  2. So Adorable!! I LOIKE!!

    Tuesday, June 19, 2012

    Daku senyum sepanjang hari. 

    Puncanya? 

    Hahaha anak kecil kami sangat adorable. 
    Ah! 
    So cute! 

    Sesampai ja di nursery,baby tak mau salam sama ibu & papanya. Berpaling dari kami. Kami pon pakat-pakat kiss penuh perasaan. Teacher dah mentunggu penuh kesabaran. Pintu kereta da terbukak. Bila teacher nak amek, terus si encemest hulur tangan nak mensalam sama papanya. 
    Then, ibu pula. 

    Wajah baby time tuh, du-uh teramatlah manja. 
    OH! I MISS MY 'lil BOO..

  3. 123

    Wednesday, June 6, 2012


    Sejak bila, i pon tak perasan. Baru hari ni ja sedar. 

    Ah! 
    Muhd Izz sudah bisa membilang. Chomel ja bunyinya.

    One

    Tuuuu

    Wee

    Po

    Paif

    Cix

    Even

    Et

    Nain

    Ten 

    Hahahaha.
    Sangat mencomel.

  4. Kehilangan

    Thursday, February 2, 2012



    Kami telah kehilangan kain kesukaan kami saya. Ini adalah 'swaddle' yang pertama Hero Izz (Jr.) kami. 
    Dikirimkan kepada kawan papanya. 
    Di IKEA. 

    Saya mempaksa papa-nya carikan saya kain lampin 'kepala Mickey' brand Anakku. 
    Habis kesemua tempat kami cari. 
    Tiada penemuan berlaku. 
    Maka, inilah galang gantinya. 

    And, I LOIKE!!


    25561_1212526959944_1431884398_30444975_4574699_n

  5. Craving - XT and Trunki

    Thursday, January 12, 2012


    Travel system yang ada, kami (ekceli, saya) da LET GO. 

    So, we need the brand new ONE (just ONE. OK). 
    Type - Umbrella. 
    Sebab boot kereta kami kecil sahaja. 

    Kemana kami pergi, that travel system dah menjajah keseluruhan boot. Apatah lagi, sekarang ini kami sedang berimpian untuk memiliki sebuah kereta yang lebih comel dari sekarang. 

    Nampak? 
    Itu adalah alasan yang kukuh bukan? YEA.


    Jawapannya adalah MacLarren Techno XT. Explain briefly why do you need this type of MacLarren?


    1. Saya memang mahu MacLarren.
    2. Volo, harga dah menepati tahap kejiwaan saya. Malangnya, ianya nampak terlalu kecil
    3. Triumph, masih lagi kecil.
    4. Sport Quest, wahhhh canteknya!! Tetapi tahap Berat Dengan Muatan-nya yang diluluskan adalah berbeza dengan Techno XT.
    5. Techno XT. Harganya masih lagi ditahap kemampuan, design & overall features pon OK.
    6. XLR. Owh! Sebenarnya saya impikan yang ini. Namun apakan daya, harganya merangkumi XT dan perkara di bawah.(Akan tetapi, sudah dapat dibayangkan, kami hanya membeli Sport Quest.)


    * Ini sebenarnya bukanlah kehendak yang sebenar saya,
    namun nampaknya ia semacam suatu kemestian pulak bagi yang di bawah
    yang merupakan SEBENAR-BENARNYA kehendak saya.




    Ini adalah kemahuan saya yang tidak dapat ditahan-tahan
    memandangkan punyalah lama saya menatikan kelahiran TRUNKI hijau.
    INDAH bukan? 
    YEA.




    Dan ini adalah set-nya.


    Cantik bukan? 
    SAYA SUKAKANNYA.






  6. Pusat Belia & Sukan

    Tuesday, December 27, 2011


    Pulang sahaja dari kantor, kami ke Pusat Belia & Sukan Negeri yang jarak perjalanan berkereta hanya kurang dari 5(lima) minit. 
    Tujuannya, bagi membolehkan En. Suami berjogging. 
    Bagi memantapkan stamina. 
    Itu penting.


    Setibanya di sana, anak kecil kami yang semakin hari semakin bijak itu yang meter excited-nya adalah melepasi tahap yang dibenarkan. 
    Aku menjangkakan sesuatu bakal terjadi. 
    Ah benar. Sesungguhnya instinct se-orang ibu sangat kuat. 

    Apabila papanya memulakan larian, superbaby kami menangis semahu hatinya. Air mata tidak lagi mengalir ke pipi. 
    Lebih dasyat. Terus menitis (@menitik) laju mencecah trek. 
    Mungkin pada imiginasi anak kecil ini, kami ke sini adalah untuk bermain bola. Sebab, beliau adalah berpakaian lengkap layaknya sebagaimana penampilan seorang pemain bola. 
    Jersi sepasang. 
    Berkasut. 
    Berbola. 

    Itulah yang menyebabkan beliau hampa.


    Demi memenuhi impian anakanda terchenta, En. Iz (Sr.) selepas 6 (enam) minit berlari sejauh - kurang lagi 10 meter menghampiri 3 (tiga) pusingan trek balapan = 2.3 km terus bermain bola bersama si Izz (Jr.). 

    Malangnya. 
    Beliau masih menangis. 
    Owh! Rupanya beliau ingin berlari sebagaimana papanya. 
    Maka berlarilah mereka dengan perasaan gumbira.


    Kemudian. 

    Bermain bola. Gembira. Jam 7, kami mau pulang. Anak itu belum puas bermain.
    Enggan pulang. 
    Hasilnya, beliau menangis sehingga tiba di rumah. 
    Masih lagi menangis. 
    Kami sogok dengan 'pipi', bantal. 
    Dan, cerita Finding Nemo. Daku tertekan. Tidaklah ku tahu wujudnya #157 FOX Family Movie. 
    Superbaby Izz Adam kembali gembira.


    Hubby bercadang untuk ke Pusat Belia lagi. 
    Adakah peristiwa ini akan berulang lagi? 
    Berserah.

  7. REFUSE

    Tuesday, December 20, 2011


    Izz Adam still refuse nak ke sekolah. 


    Biasanya da sampai nursery baru nampak penolakannya. 
    Tapi hari ni, dari atas katel lagi berlaku proses penolakanya. 


    Kenapa la duhai anakanda ku ni? 
    Huhu.

  8. Oh! My Baby Boy!

    Thursday, December 15, 2011




    Hukhuk Tuan Izz(Jr.) masih lagi nangis bila sampai nursery. 
    Apakah sebabnya amatlah tidak diketahui. 
    Teacher sekalipon masih belom dapat memberi penjelasan yang sewajarnya. 

    Owh! 
    Kesian anak kecil yang semakin meningkat tinggi itu.


  9. Baby Boy Don't Cry

    Monday, December 12, 2011



    Ari ni dah masuk 2nd day budak ensem itu nangis time pegi 'school'.


    Kebiasaanya adalah tidak begini. 


    Adakah beliau didera @ dibuli? 
    Hoho harap tak lah kan.

  10. 2

    Saturday, December 10, 2011



    Hari ini 10 December 2011, anak kecil ini sudah membesar - sudah pon menginjak ke usia nombor dua. Pada usia bernombor dua ini, 
    beliau..
    1. Sudah mempunyai cukup bilangan giginya, maka dapatlah di gigit papanya dengan penuh kaseh sayang
    2. Mampu memberontak bagi menyuarakan hasrat hatinya
    3. Sudah boleh bercakap dengan bahasa yang mudah difahami oleh kami
    4. Amat gemarkan nasik dan segala jenis makanan yang sebelum ini dipandang serong oleh beliau
    5. Tidak mahu lagi 'berlampin popok' terutamanya dikala malam menjelma


    Ah itu secara subjektifnya, secara objektifnya pula..
    1. Sneakers size : 7 UK
    2. Sandal size    : 8C US
    3. Diaper           : XL 
    4. Mer - milk      : 11Oz x 2 each session
    5. Weight          : 14 kg



    No big celebration just like the past year. 
    Sekadar dinner kami bertiga sahaja. 



    "Doa kami berdua-ibu dan papa, semoga Muhammad Izz Adam menjadi anak yang soleh-hamba yang taat kepada Yang Esa"

  11. MY 1st Kumbang

    Tuesday, June 14, 2011


    Sebenarnya, entry ini adalah tidak berkaitan langsung dengan haiwan serangga itu. 
    Tidak sedikit pon. 
    Ini adalah berkaitan dengan baju kumbang a.k.a baju melayu. 
    Ini adalah baju melayu pertama si superbaby izz adam. 

    Kuniaan nenek saudaranya. Untuk dipakaikan pada Hari Raya Aidufitri 2010.
     Terima Kaseh yea.

    Akan tetapi, ini adalah dipakai pertengahan tahun 2011. Majlis solat hajat di rumah nenek saudaranya. 
    Owh! Nenek saudara yang lain pula yea. 
    Betul. 
    Beliau mempunyai 7 orang nenek saudara. 
    Dari kedua-dua belah atok & nenek from my side.


    260170_1746169340670_1431884398_31360955_6615023_n

    249830_1746169500674_1431884398_31360956_3423693_n

    Reaksi beliau adalah sebagaimana di atas.
    Sungguh menyesakkan jiwa saya.
    Haru-biru.



    254954_1746168740655_1431884398_31360953_2846407_n

    Gambar ulangan.
    Tetapi, kali ini gambar adalah berkaitan dengan tajuk dan butir perkara yang dibicarakan.




    248241_1746169900684_1431884398_31360957_3188321_n

    Ini pula.

    Akhirnya terdiam jua setelah dipancing dengan susu lemak berkrim berperisa(perasa) madu.
    Selamat.

     

  12. Garuk

    Tuesday, May 31, 2011


    Ini adalah gaya tidur my Superbaby Izz Adam. 
    Baby lain begini jugakah? Tidaklah aku ketahui. 

    Memang terasa kegatalankah. 
    Tabiatkah. Atau apakah? 

    Biasanya papanya akan menyapu (betulkah perkataan ini?) bedak Aiken. 
    Namun, hasilnya tetap sama. 
    Lalu, kami biarkan. 
    Lebih baik kami tidur. 
    Hahahaha.






  13. 1st Walker, Case, Trike

    Monday, March 28, 2011



    Ini adalah walker. Special order from China. 
    Asalnya berkenan sangat bila ternampak yang dijual dalam blog. 
    Pre-loved. 

    Takda yang fresh from oven. Finally, dapat jugak. Kata berkenankan, kena usaha la sikit. 
    Time ni, Tuan Adam masih anak kecil. 6 bulan. Kakinya belum dapat menjejakkan kami ke bumi lantai.


    29685_1290993961570_1431884398_30603027_2414313_n

    Sedang khusyuk with sound and lights.
    Panggilan pulau sudah tidak dihiraukan.



    29685_1290993921569_1431884398_30603026_3703414_n

    Masih lagi tidak dapat menarik perhatian si anak kecil ini.


    29685_1291004841842_1431884398_30603046_3338833_n

    Yeay! GOTCHA!!
    Pic taken 7 June 2010


    Setelah anak ini sedikit membesar, kami belikannya Case. 
    Hero kami ini sangat sukakan Case. Di jalan raya. Di kedai permainan. Di mana-mana. 
    Dia amat concern tentang benda-besar-ini.


    192724_1608345295155_1431884398_31188127_5955760_o

    Vrooooommm merupakan bunyi yang terhasil.
    Pic taken 16 March 2011

    Setelah semakin membesar. Seiring dengan peningkatan usia anak ini. Papanya belikan trike. 
    Diriku is berkenan the same design yang colourfull. 
    Bukankan wanewani adalah sinonim untuk kanak-kanak?

    Tidak semestinya kah?Saya pasrah. 

    Terima kasih papa Iz (Sr.). Di rumah. I've to admit. Pilihan En.Hubby adalah tepat.


    191193_1590119319517_1431884398_31165557_6029231_o

    172988_1590117919482_1431884398_31165556_8206165_o

    Seperti biasa. Kakinya belum cukup panjang.
    Belum dapat mengayuh. Sehingga entry ini.
    Hahaha.



    * Kualiti gambar adalah tidak memuaskan. Sila salahkan telefon. Hanya 3.2MP.

  14. ALL TIME Favorite

    Wednesday, March 23, 2011



    131691_1465910014362_1431884398_30937679_2425787_o

  15. Cakar Harimau?

    Friday, December 31, 2010


    Kami ke majlis kenduri. 
    Anak ini telah mendapat kakinya. 
    Berjalan ke sana-ke mari sesuka hatinya. 

    Kemudian. 

    Terdengar suara halusnya yang nyaring. 

    Owh! 
    Apa yang terjadi? 
    Hee dia mendapat tatu rupanya. 

    Dicakar.

    77717_1494175880991_1431884398_30994412_4107987_o

    "Picture taken 29 December 2010.
    19 days after his 1st BESTday."

  16. Terjatuh

    Monday, December 20, 2010


    Anak kecik ini terjatuh. 


    Main bola depan rumah. 
    Memakai croc Angry Birds yang baru dibeli di pasar tani Kuala Kangsar pagi td. 


    Tidak berseluar, tidak berbaju. 
    Hanya ber'pants'. 


    Hahahaha habis calar-balar lutut anak ini. 


    Kesian. 
    Menangis hingga tertido. 
    Oh baby!!

  17. Ditinggalkan

    Wednesday, July 7, 2010


    Kami siapkan anak kecil ini terlebih dahulu. 
    Kemudian, kami pula. 

    Tiba-tiba. 
    Owh! Dia tertidur. 
    Maka, kami keluar cuma berdua. Superbaby Izz Adam ditinggalkan di rumah. Setelah sekian lama tidak ber-dating berdua. 

    Tetapi, saya lebih seronok jika kami bertiga. 
    Walaupun jika bertiga, my BP is pasti meninggi. 
    Pasti. 
    Saya biarkan bacaan BP itu. 
    Asalkan kami happy-happy saja.


    57216_1472093288940_1431884398_30948653_7820199_o
    "Wajah comel mulus yang ditinggalkan."

    57163_1472100409118_1431884398_30948654_4665195_o
    "Picca taken di negara sebelah.
    Negara jajahan kami di landa tsunami.
    Dalam proses pembaikpulihan."

  18. Baseball

    Sunday, February 28, 2010


    Saya sukan design baju baseball. 
    Atau ini dipanggil baju American football. 
    Ah baseball rasanya. 

    Atau bukan kedua-duanya. 

    Whatever!

    19979_1199176826199_1431884398_30416667_1690531_n

    24078_1214137200199_1431884398_30446824_2373250_n

    "Ini adalah dibeli online. 
    Sempena gathering dengan gang DIA Batch 11/2011."


    25584_1208964750891_1431884398_30437581_5670128_n

    25584_1208964710890_1431884398_30437580_1874533_n

    "Ini pula adalah presento dari Untie Misi Khalina - my besties since primary-secondry school."

  19. 1st Timer

    Saturday, February 20, 2010



    Pada usia seawal 2(dua) bulan, Muhammad Izz Adam sudah boleh meniarap. Taktau la kalau berdasarkan tahap perkembangan, ini dikira sebagai cepat @ lambat. 
    Kurang pasti. 
    Biarkan. 
    Asalkan, anak ini ada tahap perkembangannya. 
    Itu yang penting. 
    Tidak mahu di-compare dengan orang lain.


     
    "Ini adalah gambar pada malam sebelum kejadian. Biasanya, si Izz(Jr.) merupakan seorang penidur yang teramatlah sopannya. Entah kenapa dan bagaimana beliau dapat menghasilkan gaya tidur sebegini rupa. Owh! Rupa-rupanya, ada hikmah di sebaliknya kejadian ini.
    Dan, ini adalah hasil pada keesokan harinya."




    "Rupa-rupanya inilah ceritanya. Mungkin my baby sudah bemimpi pada malam sebelumnya untuk meniarap. Maka, dengan bangganya di-aplikasikannya pada waktu tido. Diselangi dengan mimpi yang indah.
    Setelah 2,3 percubaan."




    "Berjaya!!
    HEBAT bukan anak lelaki saya."


  20. New Bundle of Joy

    Thursday, December 10, 2009